BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

asalamulaikum

asalamulaikum

Thursday, August 15, 2013

Tanggungjawab seseorang lelaki


Betapa beratnya menjadi seorang lelaki, di antaranya adalah seperti berikut:-

LELAKI
*********
1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN!!

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah olehAllah SWT.

WANITA
**********
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kepada suaminya.

7. Talak terletak di tangan suami bukan isteri.

8. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkan kita lihat sebaliknya? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat.Sudah pasti intan permata tidak dibiar bersepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi setiap saat dia didoakan oleh seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Diakhirat kelak, seorang lelaki dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini :

*isterinya,
*ibunya,
*anak perempuannya
*saudara perempuannya

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini :

*suaminya
*ayahnya
*anak lelakinya
*saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pinta syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :

*sembahyang 5 waktu
*puasa di bulan ramadhan
*taat suaminya
*menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Mati hanya sekali
Maka Jadikannya pada jalan Allah..

Saturday, July 21, 2012

kawan FB?

ermm, secra x sengja berkenalan di satu group juz coz dia like my post, trus add dia, x sngka dia peramah dan sng berkawan dgn dia, tiap2 hari wait chat dr dia, sng berkongsi crta atau pendpt dgn dia, dia jugak calon SPM, ckp lah hnya mengenal nmanya, walaupun hnya dpt meliht spruh muka shaja tp x kesah mencri kawan bukan pras rpa ukuran nya
nice to know you KAK mar

Friday, July 1, 2011

Niat murni?

asalamualaikum?.................... salam 1 malaysia!
                                              salam ukwah

lihat tjuk di atas nilai murni , ada org menyalahkn mengunakn perktaan NIAT MURNI pada mereka semua perkra baik yg dilkukn adalah niat murni tp tidk kah kita thu bhwa NIAT MURNI dpt diktakn sekiranya disertai beberapa tindkn yg lain seperti

:@ dilakukan dengan ikhlas
:@ tiada niat menunjuk
:@ lkukn kerna ALLAH SWT
:@ melakukn perkra baik
:@ ditrma oleh org yg menrma pertolngn
:@ org yg ditolng tidk rsa tergngu

renung2kn dan selmt beraml!

Tuesday, June 14, 2011

FITNAH!

Dengan nama Allah, Maha Pengasih Maha Penyayang.

Segala pujian untuk Allah SWT, selawat dan salam untuk RasulNya SAW serta keredhaan Allah buat orang yang mengikut sunnah dan bimbingan baginda SAW.

Syariat Islam diturunkan untuk melindungi kepentingan manusia, menjaga agama, nyawa, harta, maruah dan nama baik seseorang. Ini terkandung dalam Maqasid Shariah (matlamat syara`) di mana Islam melindungi kepentingan asas manusia iaitu nyawa, akal, harta, keturunan serta nama baik orang ramai.

Rasulullah SAW menegaskan dalam hadis baginda bermaksud:

“Setiap orang Islam haram menceroboh orang Islam yang lain; Haram menceroboh nyawanya, hartanya dan maruahnya”.

Dalam hadis tadi, baginda SAW menegaskan dengan jelas tentang pengharaman perkara-perkara tersebut itu. Sebaliknya Islam mengajar agar tiap orang melindungi dan menjaga maruah orang lain. Malah jika benar pun seseorang itu telah melakukan kesalahan, Islam menuntut agar ia tidak dihebahkan atau digembar-gemburkan tapi dilindungi (dirahsiakan sehingga diputuskan di mahkamah) demi menjaga maruah seseorang itu (selagi keputusan muktamad belum dicapai).

Dalam sebuah kisah (hadith), Rasulullah SAW bersabda kepada orang (sahabat) yang menasihati Mai’z agar datang menemuinya untuk membuat pengakuan zina dengan katanya:

“Mengapa tidak engkau tutup sahaja perkara ini dengan pakaian kamu. Andai saja engkau sembunyikan perkara itu, tentu ia lebih baik bagi kamu.”

Al-Quran menjelaskan dalam Surah An-Nur (24:19) -

“Sesungguhnya orang-orang yang suka tersebarnya kebejatan di kalangan orang yang beriman, untuk mereka seksa yang amat pedih di dunia dan di akhirat.”

Oleh kerana itu Islam menetapkan hukuman yang amat berat terhadap orang yang mengaibkan orang lain atau menceroboh maruah dan nama baik orang lain. Islam telah menetapkan tiga jenis hukuman terhadap orang yang melakukan fitnah keatas orang lain iaitu; hukuman fizikal, hukuman moral dan sosial serta hukuman spiritual.

Firman Allah SWT dalam surah An-Nur (24:4) -

“Orang yang menuduh (wanita) orang Islam lain dgn tuduhan zina tapi tidak mengemukakan empat orang saksi maka sebatlah dia sebanyak 80 kali. Dan janganlah kamu terima persaksiannya buat selama-lamanya. Dan mereka itu orang yang fasiq (pembohong atau pendusta)!”

Ulama sepakat mengatakan tuduhan zina kepada lelaki muslim sama hukumannya dengan tuduh zina terhadap wanita muslimah. Ulamak juga sepakat bahawa tuduhan liwat adalah sama dengan zina. Dalam hal ini lumrahnya tuduhan zina ini (seperti lafaz ayat) ditujukan kepada golongan wanita. Namun jika ada sesiapa yang menuduh orang lelaki yang berbuat demikian maka menurut ijma' Ulamak ia termasuk dalam lingkungan makna ayat ini.

Hukuman fizikal yang dimaksudkan ialah 80 kali sebat. Manakala hukuman moral dan sosial ialah dengan menolak kesaksiannya buat selama-lamanya. Imam Abu Hanifah menegaskan bahawa walaupun orang berkenaan sudah bertaubat namun hukuman ini tetap berlaku dan berkuat kuasa iaitu ia tidak boleh menjadi saksi selama-lamanya. Adapun hukuman agama pula adalah ia dianggap sebagai orang yang fasiq.

Sebenarnya (sepatutnya) tidak akan ada orang yang berani berbuat demikian, iaitu menuduh dan memfitnah orang lain dengan tuduhan palsu melainkan orang yang fasiq atau rusak agama.

Sehubungan dengan ini Al-Quran menceritakan dengan agak terpeinci sebuah peristiwa yang dikenal sebagai “Hadith Al-Ifk” (kisah fitnah). Peristiwa yang berlaku di Madinah ini melibatkan isteri kesayangan Rasulullah SAW sendiri, anak Abu Bakar As-Siddiq RA (Khalifah Pertama) dan sahabat paling rapat dengan Rasulullah SAW. Beliau adalah Ummul Mukminin (ibu orang-orang beriman) Aisyah RA. Aisyah RA telah dituduh secara jahat oleh orang yang tidak bertanggungjawab yang kononnya ia telah berzina dengan seorang sahabat yang soleh serta terkenal baik dan tidak pernah bersikap serong serta berbuat jahat.

Cerita palsu ini berkembang dengan cepat dari bibir ke bibir dan menjadi perbualan ramai. Hampir sebulan lamanya perkara ini merebak di Madinah sehinggalah Allah SWT menurunkan ayat-ayat Al-Quran membersihkan nama baik Aisyah RA dari angkara fitnah ini. Ayat tersebut menyelar golongan munafiq yang melakukan kerja jahat tersebut. Ayat ini juga menegur masyarakat umat Islam ketika itu kerana tidak bertindak membendung fitnah yang menular itu di peringkat awal dengan tegas.

Allah SWT berfirman dalam surah An-Nur (24:11) -

“Sesungguhnya orang yang membawa berita bohong (palsu) itu adalah dari kalangan kamu juga. Janganlah kamu menganggapnya buruk bahkan sebenarnya ada kebaikan untuk kamu. Setiap orang akan memikul dosa perbuatannya. Manakala orang yang paling besar peranannya dalam hal ini dari kalangan mereka pasti akan mendapat balasan azab yang paling besar pula.”

Yang memikul dosa besar dalan hal ini adalah kepala mereka iaitu Abdullah Bin Ubai Bin Salul, bapa kaum munafiq. Dialah yang mengheboh-hebohkan khabar angin ini. Dialah yang menyebutkan -

“Demi Allah! Aisyah tidak selamat dari rangkulan orang itu dan orang itu pun tidak selamat dari godaan Aisyah.” (Ini satu bentuk sumpah fitnah yang secara tidak langsung menuduh sahabat Nabi SAW dan isteri Baginda, Aisyah RA - Ummul Mukminin melakukan zina. Na'uzubillahi min zalik!)

Fitnah ini berterusan memamah nama baik Saiyidatina Aisyah RA untuk beberapa lama hinggalah Al-Quran menegaskan dalam Surah An-Nur (24:12) -

“Sepatutnya apabila kamu mendengar cerita seperti ini, orang mukmin lelaki dan perempuan perlu menyangka yang baik dan sopan terhadap sesama sendiri lantas mengatakan; ini adalah pembohongan yang nyata.”

Ertinya - sepatutnya kamu menolak fitnah itu sejak awal-awal lagi dengan menekankan tentang dosanya dan perlunya orang berkenaan membawa dan menampilkan 4 orang saksi.

Allah SWT menegaskan dalam ayat berikutnya juga di surah An-Nur (24:13) -

“Seandainya mereka tidak menampilkan para saksi (seramai empat orang yang adil) maka orang-orang itu adalah golongan pendusta.”

Al-Quran mensyaratkan 4 orang saksi (yang adil) dalam kes yang berkaitan dengan maruah dan kehormatan diri. Dan sememangnya Islam bersikap keras dan tegas dalam hal yang melibatkan maruah serta nama baik orang lain.

Berbeza dengan kes berkaitan dengan harta maka Islam memadai dengan dua orang lelaki sebagai saksi atau seorang lelaki dan dua orang perempuan sebagai saksi.

Dalam kes berkaitan dengan maruah seperti fitnah ini, Islam mensyaratkan mesti dibawa empat orang saksi. Al-Quran menjelaskan “Seandainya mereka tidak menampilkan para saksi maka merekalah golongan pembohong”.

Al-Quran menjelaskan lagi dalam ayat yang berikutnya An-Nur (24:14) -

“Kalaulah tidak kerana kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan akhirat nescaya kamu ditimpa azab yang besar akibat perbuatan kamu itu.”

Maksudnya - Kerana rahmat dan kasih sayang Allah SWT kepada kamu maka kamu tidak digegar dan ditelan bumi ataupun dilanda dengan bencana taufan dan sebagainya sepertimana yang dialami oleh umat-umat sebelum ini (atau seperti di negara-negara lain yang telah kita saksikan akhir-akhir ini).

Al-Quran menegaskan lagi An-Nur (24:15) -

“Ketika kamu menerima fitnah tersebut dengan lidah kamu dan kamu menyambungnya dengan pertuturan mulut kamu sesuatu yang kamu sendiri tidak tahu, malah kamu menyangkanya perkara kecil (menyambung cerita fitnah) pada hal di sisi Allah perkara itu adalah suatu yang amat besar.”

Al-Quran memberikan pertunjuk yang cukup indah - Alangkah baiknya ketika mula kamu mendengar fitnah itu, kamu mengatakan "tidak wajar kita menghebahkan perkara ini. Maha suci Allah. Ini semata-mata pembohongan yang besar”.

Allah SWT menegaskan dalam surah An-Nur (24:16-17) -

Di mana Allah SWT mengingatkan : “Alangkah baiknya ketika kamu mula mendengar khabar angin atau fitnah seperti itu kamu lantas berkata: Tidak wajar kita membicarakan perkara seperti ini; Maha suci engkau (Ya Allah!) Ini memang pendustaan dan pembohongan yang besar. Allah menasihatkan kamu agar jangan sekali-kali mengulangi perbuatan seperti ini buat selama-lamanya, seandainya kamu benar-benar orang yang beriman."

Dalam ayat berikutnya Allah SWT berfirman (an-Nur 24:18) -

”Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat hukumnya. Allah Maha Mengetahui Maha Bijaksana”.

Kes pertuduhan seperti ini adalah suatu yang serius dan besar dalam ajaran syariat Islam; lebih-lebih lagi terhadap orang Islam. Perbuatan melemparkan pertuduhan palsu seperti ini menurut Islam adalah merupakan dosa besar dan haram hukumnya.

Umat Islam perlu mengelak diri dari mencemarkan maruah dan nama baik orang lain yang tidak bersalah. Kecuali jika benar benar ada bukti dan keterangan yang sah dan nyata dengan membawa saksi-saksi yang cukup seperti yang dikehendaki oleh syara’.

Inilah nasihat saya kepada umat Islam di Malaysia. Mereka perlu takut kepada Allah. Janganlah menuduh, memfitnah secara membuta tuli, merosakkan maruah dan nama baik orang kerana menurut hawa nafsu atau menurut dorongan politik dan golongan tertentu yang suka mendorong orang lain melakukan kejahatan seperti itu dengan menggunakan media massa dan sebagainya.

Kalau tidak, mereka harus ingat bahawa pengawasan Allah SWT terhadap kejahatan seperti itu tidak pernah luntur atau luput. Allah mungkin membiarkan atau memberi tempoh dan penangguhan masa untuk menjatuhkan hukumanNya; namun Allah tidak pernah lupa atau cuai untuk berbuat demikian bila sampai masanya. Allah berfirman dalam Surah Ibrahim (14:42) -

“Jangan kamu menyangka Allah lalai tentang apa yang dilakukan oleh golongan yang zalim itu”

Saya menasihatkan anak-anak saya rakyat Malaysia lelaki dan perempuan agar jangan mudah menceroboh maruah orang Islam yang lain. Lebih-lebih lagi terhadap orang yang memang terkenal baik, dihormati, berakhlak mulia dan luhur, seorang pendakwah yang berbudi pekerti mulia di dunia Islam; seperti saudara Anwar Ibrahim dan lain-lain.

Amat jelas, bahawa pertuduhan terhadap beliau adalah bermotifkan muslihat politik serta dilakukan oleh orang-orang yang memandang ringan perbuatan mengaibkan orang dengan tuduhan jahat seperti itu.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-An’am (6:144) -

“Siapakah yang lebih zalim dari orang yang melakukan pembohongan terhadap Allah untuk menyesatkan orang ramai tanpa ilmu pengetahuan. Sesungguhnya Allah tidak akan memberi petunjuk kepada golongan yang zalim!”

Saya berdoa agar Allah SWT mendedahkan hakikat yang sebenarnya. Saya mohon agar Allah SWT menangkan yang hak serta benar dan menumpaskan kebatilan yang batil. Saya berdoa agar Allah SWT menyatakan kebenaran saudara Anwar Ibrahim. Agar Allah SWT bebaskan beliau dari pertuduhan jahat ini. Biarlah Allah SWT dedahkan konspirasi orang-orang yang memburuk-burukkan beliau dan menyibarkan pembohongan dan fitnah di kalangan orang ramai secara tidak bertanggongjawab dan tidak takut melakukan dosa serta penderhakaan yang nyata kepada Allah SWT.

Insya Allah! Ketahuilah bahawa kebenaran tidak akan hilang atau tumpas, justeru Allah SWT pasti akan memenangkan yang hak dan benar, Allah SWT akan menumpaskan kebatilan walaupun golongan petualang tidak suka dan benci. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Isra’ (17:81) -

“Dan katakanlah: Telah tiba kebenaran dan telah lenyap kebatilan. Sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap!”

Sekian, wassalamu alaikum warahmatullah wabarakatuh!

Monday, June 13, 2011

Renungan remaja masa kini

Bersama kita renungkan wahai remaja

SAAT paling manis dalam kehidupan ialah waktu remaja. Semuanya indah dan berseri. Badan kuat, kulit tegang, minda pun cerdas dan sentiasa ceria tanpa bebanan membuatkan hati girang.Justeru, remaja menjadi harapan bangsa, negara dan agama malah 1,001 harapan digalas di atas bahu remaja.


Tidak hairanlah semua ideologi mensasarkan remaja sebagai penerus kesinambungan perjuangan. Malah untuk merosakkan satu-satu bangsa selalunya diawali dengan merosakkan remaja.Al-Quran ada menceritakan banyak teladan remaja.


Cerita remaja Ashabul Kahfi memang patut dicontohi. Ketika manusia seluruhnya hanyut dalam sandiwara, leka dunia, mereka teguh lari menyelamatkan iman.Menurut riwayat, ada kalangan mereka agak rock, ada yang beranting-anting, bersubang dan berambut panjang tetapi roh agama membuatkan mereka tidak hanyut dalam kelekaan. Begitu juga Saidina Ali dalam usia sembilan tahun berani menjadi galang ganti Rasulullah, tidur di katil nabi laksana menggadai nyawa pada malam hijrah nabi.



Ramai remaja tertipu hidup berfoya-foya, ke hulu ke hilir tak tentu arah, asyik hendak berseronok saja, kadang-kadang terjebak dalam pelbagai skandal yang akhirnya merenggut kenikmatan remaja.


Antara sebab remaja sanggup membuat apa saja, asal seronok kerana mereka fikir remaja hanya sekali saja, bersukaria sepuas-puasnya. Peluang hanya sekali saja. Bila tua terlepas segalanya. Inilah bisikan syaitan penuh racun yang menghancurkan remaja sepanjang zaman.Remaja bukan sekali.


Remaja sebenarnya dua kali, iaitu sekali di dunia dan lagi sekali di akhirat iaitu di syurga. Yang masuk syurga menurut satu hadis nabi ialah yang berumur lingkungan 30 tahun iaitu umur Nabi Isa.Kenapa kita mudah tetipu dengan slogan iblis yang penuh racun itu? Slogan yang ingin mengajak dan meramaikan penghuni neraka.


Ini sebenarnya juga berpunca daripada salah tafsir mengenai keseronokan. Bila kita lihat kawan kita terbabit lumba haram, kita berasa mereka sangat seronok. Tanpa fikir panjang kita pun kepingin menurut mereka, yang kononnya seronok. Akhir sekali, itu sajalah kita seronok dan selepas itu merana sepanjang hidup.Remaja melihat pula mereka yang hidup bebas tanpa pegangan agama ‘free love’ membawa ‘free sex’ terasa seronok terus mengidam.



Tetapi rupanya sekali itu sajalah seronok dan selepas itu merana dengan anak luar nikah, malah pelbagai penyakit dan risiko.


Begitu juga dengan dadah dan segala pil khayal, berasa seronok konon melihat remaja lain mabuk dalam lautan khayalan terus mencontohi mereka malah menjadi pelanggan dan penagih utama.


Keseronokan yang diharap rupanya kemudaratan yang berpanjangan melilit kehidupan. Demikianlah silap tanggap mengenai ketenangan dan keseronokan.


Betul sungguhlah ajakan syaitan, iaitu muda hanya sekali dan bererti mereka hanya muda di dunia saja. Tidak dapat mereka menikmati muda kali kedua di akhirat iaitu muda di syurga.


Kenapakah ramai remaja tidak melihat sekumpulan remaja lain yang bukan saja berjaya dalam hidup tetapi juga tenang wajah dan watak mereka, selepas bekerja dengan tekun bila terdengar azan Zuhur mereka bergegas ke tempat solat, membasuhi wajah dengan air wuduk kemudian dahi cecah ke sejadah, berzikir berdoa tak lekang di bibir.


Selesai solat, sambung kerja dengan tekun dan tenang. Bila datang waktu Asar lagi sekali menghadap Allah ulangi lagi kemanisan beribadah. Wajah berseri rumah tangga bahagia badan pun sihat. Di syarikat kadangkala golongan ini menjadi ikutan.


Pelbagai majlis ilmu menjadi tumpuan sebagai santapan rohani dan minda. Mereka juga berhibur dalam batasan agama dan norma ketimuran penuh adab sopan.


Mereka inilah yang mungkin mendapat muda dua kali, sekali ketika di dunia, kerana menjaga nikmat remaja di dunia mereka dapat kali kedua remaja di syurga yang kekal abadi.

Saturday, February 5, 2011

cinta????????????????

pendpt aq tentang cinta
   aq thu smua mnusia ciptaan Allah swt msti dikurniakan persaan kasih syg yg mendorong kepada cinta
tapi dalam cnta ni kita kna berhti2 tertma cinta sesama mnusia, kadang2 dia org hnya suka memainkan perasaan sja tp jgn kita lupa dalam dunia ni msh ada cinta sejati

nk thu??????????

ha! cinta padang pertama aku ialah ALLAH SWT


kedua pulk!

aku cinta nabi MUHAMMAD SAW

yang ke-3

comform ah my parents!
sbb dia orang banyak bekorbn

yang ke-4!?????
sape lagi yer

ermmm???

family aq!hehehe

yang ke-5!
ada lagi sape yg aq tertinggl ni!!!?????


ermmmm????


sape yer!?


ah!!!! cinta sesama manusia la




apa kata korang! stuju x apa yang aq ckp?????
tinggl komen tau!